Saturday, November 12

Nombor Bulat-Pembundaran


Untuk topik seterusnya, dalam topik nombor bulat,kita akan mempelajari tentang pembundaran.

Membuat anggaran adalah satu kemahiran penting dalam matematik.  Selalunya, kita perlu membuat anggaran tentang nilai-nilai di dalam kehidupan seharian kita.  Ini termasuk anggaran tentang duit, masa, jarak, berat dan sebagainya.

Membundar ialah sejenis anggaran.

Bagi membundar satu nombor bulat, anda perlulah mempelajari 3 langkah berikut:

(a) Langkah 1

Cari nilai tempat yang perlu dibundarkan, secara ringkasnya, digit yang perlu dibundarkan.

Sebagai contoh, jika kita mahu membundar nombor 236 489 kepada 1000 yang terdekat, maka digit yang dibundarkan ialah “6” memandangkan “6” mempunyai nilai tempat “ribu”.

(b) Langkah 2

Jika digit di sebelah kanan digit yang dibundarkan adalah kurang daripada 5, kekalkan “digit yang dibundarkan” dan tukar kesemua digit ke sebelah kanannya kepada sifar.

Dalam kes ini, digit  di sebelah kanan digit yang dibundarkan ialah 4, iaitu kurang daripada 5, jadi nombor 236 489 dibundarkan kepada 1000 yang terdekat ialah 236 000.

(c) Langkah 3



Jika digit di sebelah kanan digit yang dibundarkan adalah lebih besar atau bersamaan dengan 5, tambahkan satu kepada digit yang dibundarkan dan tukar kesemua digit di sebelah kanan digit yang dibundarkan kepada sifar.

Sebagai contoh, nombor 138 527 yang dibundarkan kepada 1000 yang terdekat akan menjadi 139 000.

Kamu juga tulisnya seperti berikut:

138 527 = 139 000 (kepada 1000 yang terdekat)
138 527 = 140 000 (kepada 10 000 yang terdekat)
138 527 = 100 000 (kepada 100 000 yang terdekat)
138 527 = 138 500 (kepada 100 yang terdekat)
138 527 = 138 530 (kepada 10 yang terdekat)



Suatu nombor boleh dibundarkan kepada sesuatu nilai tempat yang tertentu dengan mengikut syarat pembundaran.

Syarat pembundaran:

Perhatikan baik-baik digit disebelah kanan nilai tempat yang hendak dibundarkan

a) Jika digit itu 5 atau lebih (bermakna 5,6,7,8,9)
- Tambahkan 1 kepada digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan
- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)

b) Jika digit itu kurang daripada 5 (bermakna 4,3,2,1,0)
- Kekalkan digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan
- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)


Contoh:

Bundarkan 85605 kepada:



Kesilapan umum yang sering dilakukan adalah:
a) Lupa menulis semula nombor dengan betul selepas pembundaran
b) Membundarkan suatu nombor di nilai tempat yang salah

Untuk memudahkan anda, di sini terdapat video mengenai pembundaran :

Rounding Whole Numbers 1



Rounding Whole Numbers 2




Rounding Whole Numbers 3

No comments:

Post a Comment

Blogger templates